:: Content : Lecturers ::
Pengenalan Ringkas
Jabatan Pengajian Bahasa Melayu (JPBM) ditubuhkan pada tahun 1976 (dahulu dikenali sebagai Jabatan Pengajian Melayu, Foon Yew). Jabatan ini mendapat penghargaan tinggi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Penubuhannya bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berketrampilan dan berinformasi dalam ilmu bahasa, kesusasteraan, pedagogi dan budaya Melayu. Programnya disusun berdasarkan kurikulum yang dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negeri. Pelajar yang memenuhi syarat-syarat akademik program ini akan menerima Diploma Pengajian Bahasa Melayu.

Keistimewaan Kaedah Pengajaran JPBM
JPBM menggunakan kaedah pengajaran bimbingan secara individu. Pelajar yang menghadapi kesulitan akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan. Kaedah pengajaran ini juga dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar menjadi insan yang berguna.

Aktiviti Persatuan Pelajar JPBM
Di samping mengikuti kuliah, para pelajar Jabatan Pengajian Bahasa Melayu digalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diselenggarakan oleh Persatuan Pelajar Jabatan Pengajian Bahasa Melayu (PPJPBM). Tujuannya ialah untuk membina pelajar yang berilmu pengetahuan luas, bersemangat kerjasama, bertanggungjawab, berkepimpinan yang baik dan proaktif.

Aktiviti-aktiviti yang diselenggarakan oleh PPJPBM antara lainnya ialah kem inisiasi, kem cuti, pameran, ceramah, lawatan sambil belajar dan lain-lain.

Peluang Pekerjaan
Para graduan dapat menyertai pelbagai kerjaya umpamanya sebagai guru Bahasa Malaysia, penterjemah, wartawan, editor, setiausaha, pegawai perhubungan dan sebagainya.

Syarat Kemasukan

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah-sekolah Bersendirian Cina (UEC) dengan 3 kepujian termasuk Bahasa Malaysia.
  2. Kelayakan lain yang setaraf.

Yuran Pengajian

  • Berdasarkan jumlah 95 kredit, yuran program ini ialah RM15,800.00.
  • Yuran boleh dibayar secara ansuran sebanyak 3 kali dalam masa setahun iaitu pada bulan Januari, April dan Ogos.
  • Setiap jam kredit lebihan dikenakan bayaran RM120.00.
Kurikulum
Kursus Teras
  • Kemahiran Bahasa I
  • Kemahiran Bahasa II
  • Pengantar Linguistik
  • Fonetik dan Fonologi
  • Morfologi
  • Sintaksis
  • Tatabahasa Bahasa Melayu I
  • Tatabahasa Bahasa Melayu II
  • Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
  • Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden
  • Kesusasteraan Melayu Moden I
  • Kesusasteraan Melayu Moden II
  • Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik
  • Kesusasteraan Melayu Klasik I
  • Kesusasteraan Melayu Klasik II
  • Kebudayaan Melayu I
  • Kebudayaan Melayu II
  • Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu
  • Linguistik Sejarah

Kursus Wajib
  • Tulisan Jawi
  • Laras Bahasa
  • Teori Stilistik
  • Semantik
  • Kaedah Penyelidikan Ilmiah
  • Kajian Sosiobudaya Melayu I
  • Kajian Sosiobudaya Melayu II
  • Practical English
  • Pendidikan Jasmani I
  • Pendidikan Jasmani II

 
Kursus Pilihan
  • Penterjemahan
  • Psikologi Pendidikan
  • Ilmu Berucap
  • Application Software ( Word, Excel & Powerpoint )
 
Kursus LAN
  • Pengajian Malaysia
  • Pendidikan Moral /Pengajian Islam